Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Cheng Guorong nampak di internet.



NINGBO – Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. – Agensi

The All New Rx-Water

Posted by Unknown | 9:30 PM

Terbaru!



Syarikat WorldWellness telah menaik taraf sistem penapis air mereka Rx-Water ke arah yang lebih baik untuk manfaat semua penggunanya.



Dengan tag "Unik-Suci-Berkesan", WWN sentiasa memastikan pengguna mendapatkan produk yang terbaik berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan. Pelaburan yang pengguna buat itu amat dihargai dengan menghasilkan sebuah sistem penapis air yang diiktiraf antarabangsa, rekabentuk yang canggih & terkini.

The All New Rx-Water merupakan Sistem Ait Bamboo-Qun Pertama di dunia yang menggunakan Teknologi 1 Sentuhan(One Touch Technology). Keunikan 2 dalam 1.

The All New Rx-Water bukan sahaja menapis air minuman & menghasilkan air berkhasiat tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat ozon untuk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia dan bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.

Terokailah kehebatan The All New Rx-Water dengan formulanya yang UNIK, menghasilkan air yang SUCI serta BERKESAN dalam membantu kesihatan dan kesejahteraan umum anda.




2 Fungsi Dalam 1 - Rekabentuk Menarik



1. Rx-Water

  • Air bebas kotoran yang bertenaga untuk mengembalikan keseimbangan di dalam badan dan sebagai air penawar
  • Disyorkan sebagai minuman harian, mandian badan, cucian muka dan kulit serta memasak.
2. Rx-Ozone Water
  • Air padat ozon bertindak 3000x lebih hebat dari klorin
  • Menghilangkan kotoran, bahan kimia, racun, bakteria dan virus.
  • Menghilangkan bau dan bahan pengawet pada makanan.
  • Mengekalkan kesegaran makanan
  • Pensteril botol bayi dan peralatan dapur.
TAWARAN EKSKLUSIF SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2010 ** Pemilik sistem air dalam rumah sedia ada boleh menikmati rebet sehingga RM600 untuk membeli Sistem Air 2-dalam-1 The All-New Rx-Water.

Sila hubungi Azza 0132628260 atau rohaza[at]yahoo.com untuk info harga & cara tempahan/belian